Tuesday, 16 August 2011

Ummi Hafilda Tak Pernah Adakan Hubungan Seks Dengan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda

Ummi Hafilda Ali
Ummi Hafilda Ali, hari ini bersumpah bahawa dia tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Nor Azman Abdullah atau Baginda Minda.

Dia hari ini menyampaikan saman fitnah berjumlah RM100 juta terhadap Nor Azman. Tuntutan tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Dia ditemani penasihat undang-undangnya Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.

Ummi seterusnya berjanji akan melakukan `sumpah laknat' yang dia tidak mengadakan hubungan seks dengan Nor Azman.

Saman fitnah ini adalah terhadap Nor Azman Abdullah dan juga Mkini Dotcom Sdn Bhd berkaitan satu artikel dalam portal online tersebut. Dia mendakwa artikel tersebut telah memburukkan namanya.

No comments:

Post a Comment