Monday, 8 August 2011

Kenyataan SimplySiti tentang DNA Babi


Presiden SimplySiti, Datuk Siti Nurhaliza dalam kenyataan akhbar telah membuat penafian tentang penggunaan bulu babi pada berus produk kecantikan keluaran syarikat itu.


 Penafian ini dibuat dalam satu sidang akhbar bagi menerangkan spekulasi yang telah tersebar baru-baru ini.

Menurutnya produk SimplySiti telah mendapat kelulusan halal dari pihak JAKIM. Pihaknya amat prihatin dengan kesucian produk mereka kerana tumpuan pasarannya adalah untuk umat Islam.

Baru-baru ini satu laman blog telah menyiarkan laporan yang mendakwa berus yang digunakan dalam produk SimplySiti mengandungi DNA bulu babi.

Sebagai langkah seterusnya pihak SimplySiti akan mendapatkan kenyataan dari pihak JAKIM tentang status halal ini secepat mungkin. Ini sebagai mengelakkan sebarang keraguan tentang produk mereka.

Papa Cun: Kita tunggu kenyataan seterusnya dari JAKIM. Diharap berita DNA babi ini tidak benar.

No comments:

Post a Comment