Friday, 5 August 2011

Minggu Putus Tunang?

Lately ni dah trend putus tunang la pulak nampaknya.
Baru-baru ni penjaga gol nombor satu Negara Khairul Fahmi Che Mat a.k.a. Apek memutuskan tali pertunangan dengan Aimie Harmelia.
Yang terbaru pengacara TV3 Ally Iskandar pula dikhabarkan putus tunang pulak dah dengan Nur Aishah Zainal, naib juara Gadis Melayu musim pertama.

Gambar Ally dan Aishah bertunang
Jadi nampaknya minggu ni agak panas dengan kes putus tunang.
Khairul Fahmi dan Elia kedua-duanya berumur 22 tahun. Difahamkan mereka berkenalan sejak zaman persekolahan lagi. Punca perpisahan dikatakan angkara orang ketiga.  Kalau tak silap Apek memutuskan untuk berpisah sehari selepas Malaysia terkeluar dari saingan pra-Piala Dunia ditangan Singapura. Tapi prestasinya pada perlawanan tersebut sangat hebat dan tidak langsung nampak terganggu.
Pasangan ini sepatutnya melangsungkan perkahwinan mereka dalam bulan Oktober ini.
Elia dalam satu laporan akhbar dipetik sebagai berkata dia mempunya banyak bukti yang mengatakan Apek mempunyai hubungan dengan perempuan lain. Hubungan itu terjalin sebelum mereka bertunang lagi.
Bagi Ally pulak yang berusia 35 tahun, dia bertunang dengan Aishah pada 11 Feb 2011. Berita putus tunang Ally ni ada dilaporkan dalam Hot fm pagi ni. Puncanya setakat ini masih belum diketahui umum. Kita tunggu lah kot-kot ada orang terdekat yang ada hint.
Papa Cun: Siapakah agaknya orang ketiga dlm kes Apek ni ya?? Jeng jeng jeng… any hint anyone? Artis? Majistret? Lawyer? Orang biasa?

No comments:

Post a Comment