![]() |
David Arumugam |
Namun bagi penyanyi Alleycats, David Arumugam, dia lebih selesa dengan cara lama.
Baginya, faktor usia membataskan keinginan untuk belajar menggunakan teknologi baru yang serba canggih ini.
Beliau memberitahu mStar Online bahawa dia tidak memerlukan Facebook mahupun Twitter. Namun begitu Alleycats mempunyai seseorang yang mengemaskinikan laman web mereka. Individu tersebut juga bertanggungjawab untuk menjaga e-mail kumpulan Alleycats.
Baginya, bertemu peminat secara dekat adalah lebih bermakna. Untuk itu beliau sentiasa mengalu-alukan kedatangan peminat untuk bertemunya di mana sahaja dia membuat persembahan. Sekarang ini mereka bermain di Spark Club, Petaling Jaya.
Tentang perkembangan terbaru kumpulan Alleycats, mereka akan mengadakan persembahan selama tiga hari di Istana Budaya iaitu dari 16 hingga 18 September nanti. Konsert yang diberi nama "Konsert Sampaikan Salam" ini merupakan penampilan kedua mereka di Istana Budaya. Kali pertama mereka membuat persembahan di sana adalah pada tahun 2008.
Menurut David, konsert ini kelak akan dipecahkan kepada tiga segmen iaitu 1Malaysia yang akan menyaksikan David menyanyi dalam bahasa Melayu, Tamil dan juga Cina. Diikuti segmen "Tribute to Loga" di mana dia, Glen dan anak Loga iaitu Dasha akan bergabung menyanyikan lagu-lagu popular Loga.
Segmen ketiga pula akan memperlihatkan David menyampaikan lagu-lagu popular Alleycats secara medley.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan tiket konsert tersebut mereka boleh menghubungi http://www.ticket2u.biz/ di talian 603-41478600. Tiket-tiket berharga RM65, RM85, RM125, RM165, RM205, RM245, RM305 dan RM450.
No comments:
Post a Comment