Wednesday, 3 August 2011

Aduhai Jimmy dan Nursuhaila

Sekarang ini kisah antara pengacara Jimmy Shanley dan isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimy hangat diperkatakan.
Pasangan ini berkenalan sejak tahun2006 dan akhirnya bertunang pada 11 Jun 2010. Personaliti TV dan radio ini telah berkahwin dengan kekasihnya itu pada 1 Oktober 2010. Majlis reception yang agak grand telah diadakan di Grand Ballroom, Kuala Lumpur Convention Center bertemakan `White Timeless Romance’.
Namun tidak sampai pun tiga minggu berkahwin, mereka berdua mengambil keputusan untuk tinggal berasingan. Nursuhaila kembali menetap dengan kedua ibubapanya di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh.
Kisah pergolakan rumahtangga ini mula diperkatakan orang ramai pada November 2010 tetapi dinafikan oleh Jimmy.
Namun pada 3 dan 27 Januari 2011 Jimmy telah memfailkan permohonan `kembali taat’ dan `nusyuz’ terhadap Norsuhaila.
Pada 8 March 2011, mahkamah syariah telah mengarahkan supaya Norsuhaila tampil mempertahankan dirinya. Perbicaraan ditetapkan pada 4 April 2011.
Ketika pergolakan tersebut Norsuhaila telahpun hamil anak pertama hasil perkahwinan mereka.
Bayi perempuan yang lahir pada 24 June 2011 di Putra Medical Center, Sungai Buloh itu diberi nama Zahrah Shanley. 
Ingatkan bila dah dapat anak ni pergolakan tersebut akan dapat diselesaikan. Rupa-rupanya keadaan menjadi semakin buruk.
Setelah sekian lama berdiam diri akhirnya Nursuhaila tampil memberi kenyataan. Dia mendakwa pernah dipukul beberapa kali oleh Jimmy – pada hari ketiga perkahwinan dan juga dihari kedua bulan madu mereka di Koh Samui. Jimmy juga dikatakan mempunyai perangai pelik. Dia tidak suka bercampur gaul dan tidak mempunyai ramai kawan.
Majlis pertunangan mereka cuma dihadiri oleh lima orang dari pihak lelaki. Pada majlis akad nikah pula rombongan lelaki hanya diwakili oleh sepuluh orang sahaja yang semuanya ahli keluarga.
Suhaila juga mendakwa Jimmy tidak mengeluarkan satu sen pun untuk kos bersalin dan rawatan. Jimmy pula mendakwa tidak mengeluarkan belanja kerana tidak diberitahu tentang tarikh bersalin dan bila anak dan isterinya itu akan keluar dari wad.  
Yang paling baru hangat pula tentang isu majlis cukur jambul anak sulung mereka itu. Majlis tersebut diadakan dirumah ibubapa Nursuhaila beberapa hari sebelum puasa. Pada awalnya Jimmy dikatakan akan hadir kemajlis tersebut. Jadi banyak pihak beranggapan mereka akan berbaik semula.
Tup..tup..timbul pulak cerita yang Jimmy memberitahu majlis tersebut dibatalkan. Bengang sakan la keluarga Nursuhaila kerana majlis tersebut sebenarnya diadakan seperti yang telah diatur.  Ayah Nursuhaila dikatakan sangat marah dengan tindakan Jimmy yang dikatakan menyebarkan cerita majlis tersebut dibatalkan.
Papa Cun: Tak tau lah apa nak jadi. Tak tau nak dengar pihak yang mana satu. Cuma diharapkan aka nada jalan penyelesaian bagi isu ini.

No comments:

Post a Comment