Tuesday, 16 August 2011

Tuntutan Ganti Rugi Perkahwinan Roslin Hashim Akan Dibicara Oktober

Roslin Hashim dan Faizah
Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur menetapkan tarikh 13 Oktober untuk mendengar tutntutan ganti rugi perkahwinan yang difailkan oleh pemain badminton negara Muhammad Roslin Hashim ke atas belas isteri pertamanya Faizah Mohamad.

Mahlamah menetapkan tarikh tersebut selepas menolak permohonan Faizah untuk membatalkan saman itu selepas Hakim berpuas hati bahawa ketidakhadiran Roslin pada prosiding yang lepas tidak memprejudiskan wanita tersebut.

Rsolin telah memfailkan saman gantirugi pada 12 Ogos 2009. Saman yang difailkan berjumlah RM53,460. Tuntutan tersebut adalah bagi keseluruhan perbelanjaan perkahwinan termasuk wang hantaran, mas kahwin, cincin, pengangkutan, upah jurunikah, jurusolek, barang hantaran serta pakaian pengantin.

Turut dituntut adalah bayaran khidmat video, jurugambar, tambang kapalterbang, kad jemputan dan penginapan.

Antara saksi yang akan dipanggil kelak termasuklah Raja Azmi dan suaminya Jalani Sidek serta ibu Roslin.

Roslin telah berkahwin dengan Faizah pada 30 Januari 2009. Perkahwinan tersebut bertahan selama 12 hari sahaja. Mereka sah bercerai pada 12 Mei 2009.

Roslin kemudiannya berkahwin buat kali kedua dengan Norhayati Othman pada 9 Julai 2009. Perkahwinan keduanya cuma mampu bertahan sebulan sahaja.

No comments:

Post a Comment