Monday, 8 August 2011

Metallica Nak Buat Konsert kat KL??

Biar betul? Mimpi ke tak ni? Saya mula dengar khabar ni di FB minggu lepas. Tapi buat tak tau je. Kemudian nampak pulak topik yang sama kat satu laman blog.

Khabarnya konsert akan diadakan di Stadiun Nasional Bukit Jalil pada 2 Disember 2011. Kos konsert tersebut dijangka mencecah USD5 juta! Mak aii...!

Kalau betul ni, nakkena kumpul duit ni. Tiket tentu mahal kalau tengokkan pada kosnya. Tapi so far takde pulak pihak penganjur yang berani confirmkan. Mungkin dia orang takut ada pulak bantahan dari pihak-pihak tertentu nanti kot?

Namun begitu saya sempat check schedule Metallica di laman web rasmi mereka. Takde pulak nampak tertulis tour mereka di KL. Yang ada ialah 30 Oct 2011 di Bangalore dan seterusnya pada 5 Disember 2011 di San Francisco.

Sori,...screenshot kurang jelas

Papa Cun: Kita tunggu dan lihat ....

No comments:

Post a Comment