Friday, 12 August 2011

Mahkamah Sahkan Perceraian Joey

Mahkamah Syariah Kajang semalam mengesahkan perceraian antara penyanyi/pelakon Joey dan isterinya Noraini Mohd Nasir dengan talak satu.
Ini setelah mahkamah berpuashati tidak berlakunya rujuk antara pasangan tersebut sebagaimana yang didakwa oleh Noraini sebelum ini.
Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud, 37 melafazkan sumpah bahawa dia tidak pernah melafazkan rujuk terhadap isterinya pada 8 Jun 2010.
Dalam kes ini, Joey dikatakan telah melafazkancerai pada 4 Jun 2010. Ini berpunca dari pertengkaran kerana Joey dikatakan mempunyai hubungan dengan Watie Elite dan mahu berkahwin dengannya.
Walaubagaimanapun semasa lafaz dibuat  Noraini, 44, lari masuk ke dalam rumah kerana tidak mahu mendengar lafaz tersebut. Lafaz yang berlaku di tempat letak kereta itu didengari seorang rakan yang memaklumkan hal tersebut kepada Noraini.
Noraini mendakwa, Joey ada kembali semula ke rumah pada 8 Jun 2010 dan melafazkan rujuk sambil tangan kanannya memegang dahi isterinya, manakala tangan kiri memegang Al-Quran dan diikuti dengan hubungan suami isteri. Joey sebaliknya menafikan hal tersebut.
 Pasangan itu berkahwin pada 4 Mei 2005 dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Zidani berusia 5 tahun.
Joey yang ternyata gembira bila hal ini telah pun selesai. Namun dia enggan mengulas lanjut bila hendak berkahwin dengan Watie.
Bagi  Noraini pula, dia menerima keputusan mahkamah. Dia juga berpesan agar artis-artis wanita menghentikan

No comments:

Post a Comment