Friday, 12 August 2011

Mamat Exist Di Denda Kerana Dadah

Bekas penyanyi asal kumpulan Exist, Mohd Ali Kamarudin atau lebih dikenali sebagai Mamat telah dijatuhkan hukuman denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Mamat telah ditangkap memiliki dadah jenis methamphetamine. Dia telah ditangkap dalam satu serbuan di Kangkar Pulai pada bulan November 2010. Di balai polis Nusajaya dia telah didapati positif dadah.

Majistret seterusnya memutuskan denda RM1,000 atau sebulan penjara. Dia juga diletakkan di bawah pengawasan polis selama 2 tahun dan dikehendaki melaporkan diri ke balai polis Tampoi pada setiap bulan.

No comments:

Post a Comment