Informasi semasa, dunia artis dan sukan
Wednesday, 17 August 2011
New Video Release on London Riot
Pemuda berskuter diserang dan skuternya dicuri:
Tuesday, 16 August 2011
Tuntutan Ganti Rugi Perkahwinan Roslin Hashim Akan Dibicara Oktober
![]() |
Roslin Hashim dan Faizah |
Mahlamah menetapkan tarikh tersebut selepas menolak permohonan Faizah untuk membatalkan saman itu selepas Hakim berpuas hati bahawa ketidakhadiran Roslin pada prosiding yang lepas tidak memprejudiskan wanita tersebut.
Rsolin telah memfailkan saman gantirugi pada 12 Ogos 2009. Saman yang difailkan berjumlah RM53,460. Tuntutan tersebut adalah bagi keseluruhan perbelanjaan perkahwinan termasuk wang hantaran, mas kahwin, cincin, pengangkutan, upah jurunikah, jurusolek, barang hantaran serta pakaian pengantin.
Turut dituntut adalah bayaran khidmat video, jurugambar, tambang kapalterbang, kad jemputan dan penginapan.
Antara saksi yang akan dipanggil kelak termasuklah Raja Azmi dan suaminya Jalani Sidek serta ibu Roslin.
Roslin telah berkahwin dengan Faizah pada 30 Januari 2009. Perkahwinan tersebut bertahan selama 12 hari sahaja. Mereka sah bercerai pada 12 Mei 2009.
Roslin kemudiannya berkahwin buat kali kedua dengan Norhayati Othman pada 9 Julai 2009. Perkahwinan keduanya cuma mampu bertahan sebulan sahaja.
Labels:
artis,
badminton,
Jalani Sidek,
malaysia,
Raja Azmi,
Roslin Hashim,
sukan
Wigan Athletic Intai Baddrol Bakhtiar
![]() |
Baddrol Bakhtiar |
Baddrol yang merupakan tonggak utama skuad kebangsaan Malaysia dan juga Kedah telah mewakili Malaysia sebanyak 11 kali dan menjaringkan tiga gol. Dia turut bermain dalam perlawanan persahabatan menentang Liverpool dan Arsenal baru-baru ini.
Berita tersebut ada dipaparkan di laman web Wigan Athletic:
Laman web Wigan Athletic
Ummi Hafilda Tak Pernah Adakan Hubungan Seks Dengan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda
![]() |
Ummi Hafilda Ali |
Dia hari ini menyampaikan saman fitnah berjumlah RM100 juta terhadap Nor Azman. Tuntutan tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Dia ditemani penasihat undang-undangnya Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.
Ummi seterusnya berjanji akan melakukan `sumpah laknat' yang dia tidak mengadakan hubungan seks dengan Nor Azman.
Saman fitnah ini adalah terhadap Nor Azman Abdullah dan juga Mkini Dotcom Sdn Bhd berkaitan satu artikel dalam portal online tersebut. Dia mendakwa artikel tersebut telah memburukkan namanya.
Labels:
Baginda Minda,
fitnah,
Nor Azman Abdullah,
saman,
Ummi Hafilda Ali
Yusri Nafikan Rancangan Kahwin Dengan Lisa Surihani
Beberapa hari lepas banyak tersiar di akhbar-akhbar tentang Yusri merancang berkahwin dengan Lisa Surihani pada tahun 2012.
Kini Yusri tampil untuk menjelaskan tentang hal tersebut. Dia menganggap akhbar telah tersalah tafsir tentang kenyataannya sebelum ini.
Menurutnya, apa yang dikatakannya ialah hubungannya dengan Lisa semakin serius dan berharap akan sampai ke jinjang pelamin satu hari nanti.
Namun buat masa ini mereka belum membuat perancangan untuk berkahwin seperti yang disiarkan.
Papa Cun: Kalau dah suka dan serius apa salahnya merancang.

Anak Buah Ramziela di Simbah Asid
Ingat lagi tak penyanyi era 80-90an Ramziela?
Berita terbaru yang diterima mengatakan bahawa anak buahnya iaitu Iman Hussein telah disimbah asid pada 11 Ogos lalu. Kejadian tersebut berlaku di Jalan Tuanku Andul Rahman berhampiran pasaraya Sogo.
Kejadian tersebut berlaku secara tiba-tiba apabila seorang lelaki tiba-tiba menghampiri Iman dan menyimbah asid kemukanya. Akibat kejadian tersebut dia kini terlantar di ICU, Unit Pemantauan Rapi Kebakaran, HKL.
Papa Cun: Apalah salah budak tu sampai kena simbah asid. Jahat sungguh manusia yang tak berhati perut ni!

Justin Bieber Remaja Terkaya Hollywood
![]() |
Justin Bieber |
Jumlah ini meletakkanya di atas daripada kedudukan Miley Cyrus , bintang siri Hannah Montana dan juga teman wanitanya Selena Gomez.
Peningkatan pendapatannya dipercayai datang daripada filem konsert 3D Never Say Never yang mendapat sambutan hangat dan juga penjualan minyak wanginya Someday.
Di tempat kedua ialah Miley Cyrus dengan pendapatan USD48 juta. Selena Gomez pula meraih pendapatan USD5.5 juta.
Lain-lain bintang remaja yang turut berada dalam senarai ialah anak Will Smith iaitu Jaden dan Willow Smith dengan pendapatan mereka USD9 juta; Nick Jonas dari Jonas Brothers dengan USD12.5 juta.
Dengan pendapatan sebanyak itu tidak hairanlah jika Justin berbelanja besar. Baru-baru ini dia membeli rantai leher berharga USD25,000.
Labels:
Jaden Smith,
Justin Bieber,
Miley Cyrus,
Nick Jonas,
Selena Gomez,
Willow Smith
Subscribe to:
Posts (Atom)