Sunday, 24 July 2011

Amy Winehouse Di Jumpai Mati











Namanya yang naik dengan cepat sebagai penyanyi/penulis lagu Britain ini nampaknya menerima nasib yang sama seperti Kurt Cobain, Janis Joplin, Jim Morrison dan Jimi Hendrix – semuanya mati pada usia 27 tahun akibat sikap yang merosakkan diri sendiri.

Amy Winehouse ditemui mati di rumahnya di Londong pada hari Sabtu.
Punca kematian penyanyi yang memenangi lima anugerah Grammy ini belum dikenal pasti. Namun kebelakangan ini beliau ada mendapatkan rawatan akibat masalah kesihatan termasuk masalah dadah, alkohol dan emphysema.
Karier penyanyi ini sejak akhir-akhir ini banyak mencetuskan kontroversi termasuk ketegangan dengan polis, tidak hadir atau membatalkan pertunjukkan dan masalah ketagihan yang teruk. Beberapa minngu lepas dia membatalkan konsert European tour di 12 bandar selepas persembahan yang memalukan di Belgrade di mana dia diejek oleh penonton.

Winehouse menjadi bintang antarabangsa dengan melalui album "Back to Black," yang dilancarkan pada tahun 2006 di UK.

Sejarah hidupnya memang penuh berliku. Dilahirkan di London pada 14 September 1983. Bapanya seorang pemandu teksi dan ibunya seorang ahli farmasi berpisah ketika dia berumur 9 tahun. Hubungan rapat dengan ayahnya yang meminati jazz dan artis seperti Julie London, Dean Martin, Frank Sinatra and Thelonius Monk banyak mempengaruhi muziknya.

Dia kemudian menyertai Sylvia Young Theatre School di London tetapi dibuang selepas dua tahun kerana menindik hidung.

InAlnum sulungnya dilancarkan oleh Island record pada 2003. Album tersebut "Frank," diinspirasikan atas minatnya terhadap Frank Sinatra.
Dia mengalami kemerosotan dan kemudian berpisah dengan teman lelakinya. Pada 2006, neneknya, satu-satunya orang yang mampu menjinakkan Winehouse meninggal dunia. Kehilangan ini banyak meninggalkan kesan keatasnya.

Masalah alkohol dan dadah yang semakin parah menyebabkan pengurusnya mencadangkan Winehouse menjalani pemulihan. Jawapannya, dia menulis lagu `Rehab’ yang menjadi lagu dan album terbaik pada anugerah Grammy 2008.
Pernah berkahwin dalam tempoh singkat pada 2009 tetapi berakhir dengan perceraian.
Kemasyhuran langsung tidak sedikitpun mampu menjinakkannya bahkan dia langsung tidak pedulikannya.

Pada awal bulan ini selepas merakamkan lagu duet dengan Tony Bennett, Bennett melahirkan kebimbangannya tentang Winehouse. Bennett menyarankan Winehouse menenangkan diri dan membersihkan dalamannya.
Pada bulan June 2011 semasa konsert European Tournya yang pertama di Belgrade dia didapati berada dalam keadaan mabuk di belakang pentas. Dia tidak menyanyi dengan betul, terlupa lirik, liar dan jatuh di atas pentas. Dia dibaling dengan cawan kertas dan diejek.
Itu nampaknya merupakan konsert terakhirnya.
Papa Cun: Kehidupan tanpa batas memang merosakkan diri sendiri akhirnya

No comments:

Post a Comment