Thursday, 28 July 2011

Bolasepak Malaysia v Singapura

Malam ini akan berlangsung perlawanan timbale balik bolasepak pra-Piala Dunia pusingan kedua antara Malaysia dan Singapura. Malaysia perlu menebus kembali kekalahan 3-5 kepada jirannya itu minggu lepas jika ingin mara kepusingan ketiga. Malaysia bukan saja perlu menang dengan kelebihan dua gol  tetapi juga perlu mengelakkan Singapura dari menjaringkan 3 gol atau lebih.
Khabarnya 85,000 tiket sudah habis terjual.
Sebenarnya sejarah perlawanan bolasepak diantara Malaysia dan Singapura mahupun Selangor dan Singapura merupakan satu tradisi yang sudah begitu lama tercipta.
Perlawan-perlawanan mereka sentiasa hebat bukan saja di atas padang bahkan juga dari segi sambutan peminat.  Saya sendiri membesar di zaman 70an dan 80an di mana banyak pertembungan-pertembungan klasik dan hebat dapat disaksikan. Ketika itu memang kemuncak kehebatan kedua-dua Negara. Malaysia pada waktu itu memang digeruni dirantau Asia.
Pada zaman tersebut Malaysia mempunyai pemain-pemain handalan seperti Allahyarham Mokhtar Dahari, Ghani Minhat, Isa Bakar, Namat Abdullah, Soh Chin Aun, R. Arumugam, Abdullah Ali, Abdah Alif, Santokh Singh, Yahya Jusoh, Zainal Abidin Hassan, Lim Teong Kim, Wong Chun Wah dan ramai lagi.
Singapura pula tidak kurang dengan nama-nama hebat seperti Samad Allapitchay, Mohd Noh, Quah Kim Song, R. Suriamoorthy, T. Pathmanathan, Lim Tang Boon, Edmund Wee, Fandi Ahmad dan lain-lain lagi.
Pada zaman itu juga perlawanan akhir Piala Malaysia sering mempertemukan Selangor dan Singapura. Salah satu perlawanan yang paling saya ingati ialah perlawanan akhir klasik di mana Selangor menewaskan Singapura 4-2.  Pada perlawanan tersebut Singapura mendahului dua kali. Tetapi Selangor bangkit dengan kehebatan John Engkatesu dan juga Mokhtar Dahari.
Namun sekarang ia agak berbeza bila Singapura nampaknya lebih cenderung menggunakan pemain luar yang diberi kerakyatan.
Tapi diharap semangat pemain Malaysia akan tetap teguh dan seterusnya meraih kemenenangan yang diperlukan. Sekurang-kurangnya 4-2 seperti perlawanan klasik Piala Malaysia di atas. Atau kalau boleh 4-0 sepertimana keputusan perlawanan akhir Piala Malaysia Selangor-Singapura pada tahun 1981.
Papa Cun: Diharap perlawanan malam ini tidak ada unsur2 bookie yang sudah tentunya ingin meraih keuntungan besar.

Wednesday, 27 July 2011

Perkahwinan Norman Hakim & Memey

Ramai yang dah maklum Norman Hakimakan berkahwin dengan Memey Suhaiza Suhaimi tak lama lagi. Majlis resepsi akan diadakan pada 28 September ini di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur.

Yang syoknya segala persiapan dah ada penaja. Nampaknya bertuah betul lah mereka ya.

Majlis akad nikah akan diadakan di Felda Tenggaroh, Kota Tinggi, Johor pada 24 September diikuti dengan majlis bersanding pada 25 September.

Majlis mereka mendapat tajaan dari Rafflesia The Pearl Centre dengan Bill Bora bertindak selaku perancang majlis.

Kalau mengikut laporan akhbar, kos perbelanjaan majlis mereka bakal mencecah RM12 juta! Wow!

Jumlah ini sebenarnya termasuk dengan penajaan aksesori dari Rafflesia. Sementara itu, pakaian yang akan digunakan oleh Memey pula adalah bernilai RM500,000!  Macam mana lah agaknya rupa pakaian setengah juta ya?

Papa Cun: Dah rezeki mereka agaknya walaupun kisah cinta mereka ni penuh kontroversi. Tapi tentang kos RM12 juta tu tak taulah.. mungkin harga dah inflated oleh penaja.

Sunday, 24 July 2011

Amy Winehouse 'Back To Black'

Amy Winehouse Di Jumpai Mati











Namanya yang naik dengan cepat sebagai penyanyi/penulis lagu Britain ini nampaknya menerima nasib yang sama seperti Kurt Cobain, Janis Joplin, Jim Morrison dan Jimi Hendrix – semuanya mati pada usia 27 tahun akibat sikap yang merosakkan diri sendiri.

Amy Winehouse ditemui mati di rumahnya di Londong pada hari Sabtu.
Punca kematian penyanyi yang memenangi lima anugerah Grammy ini belum dikenal pasti. Namun kebelakangan ini beliau ada mendapatkan rawatan akibat masalah kesihatan termasuk masalah dadah, alkohol dan emphysema.
Karier penyanyi ini sejak akhir-akhir ini banyak mencetuskan kontroversi termasuk ketegangan dengan polis, tidak hadir atau membatalkan pertunjukkan dan masalah ketagihan yang teruk. Beberapa minngu lepas dia membatalkan konsert European tour di 12 bandar selepas persembahan yang memalukan di Belgrade di mana dia diejek oleh penonton.

Winehouse menjadi bintang antarabangsa dengan melalui album "Back to Black," yang dilancarkan pada tahun 2006 di UK.

Sejarah hidupnya memang penuh berliku. Dilahirkan di London pada 14 September 1983. Bapanya seorang pemandu teksi dan ibunya seorang ahli farmasi berpisah ketika dia berumur 9 tahun. Hubungan rapat dengan ayahnya yang meminati jazz dan artis seperti Julie London, Dean Martin, Frank Sinatra and Thelonius Monk banyak mempengaruhi muziknya.

Dia kemudian menyertai Sylvia Young Theatre School di London tetapi dibuang selepas dua tahun kerana menindik hidung.

InAlnum sulungnya dilancarkan oleh Island record pada 2003. Album tersebut "Frank," diinspirasikan atas minatnya terhadap Frank Sinatra.
Dia mengalami kemerosotan dan kemudian berpisah dengan teman lelakinya. Pada 2006, neneknya, satu-satunya orang yang mampu menjinakkan Winehouse meninggal dunia. Kehilangan ini banyak meninggalkan kesan keatasnya.

Masalah alkohol dan dadah yang semakin parah menyebabkan pengurusnya mencadangkan Winehouse menjalani pemulihan. Jawapannya, dia menulis lagu `Rehab’ yang menjadi lagu dan album terbaik pada anugerah Grammy 2008.
Pernah berkahwin dalam tempoh singkat pada 2009 tetapi berakhir dengan perceraian.
Kemasyhuran langsung tidak sedikitpun mampu menjinakkannya bahkan dia langsung tidak pedulikannya.

Pada awal bulan ini selepas merakamkan lagu duet dengan Tony Bennett, Bennett melahirkan kebimbangannya tentang Winehouse. Bennett menyarankan Winehouse menenangkan diri dan membersihkan dalamannya.
Pada bulan June 2011 semasa konsert European Tournya yang pertama di Belgrade dia didapati berada dalam keadaan mabuk di belakang pentas. Dia tidak menyanyi dengan betul, terlupa lirik, liar dan jatuh di atas pentas. Dia dibaling dengan cawan kertas dan diejek.
Itu nampaknya merupakan konsert terakhirnya.
Papa Cun: Kehidupan tanpa batas memang merosakkan diri sendiri akhirnya

Saturday, 23 July 2011

Top American Idol Earner

Carrie Underwood menerima pendapatan hampir $20 juta antara Mei 2010 hingga Mei 2011. Jumlah ini terdapat di dalam ranking yang diterbitkan oleh majalah Forbes pada 21 Julai 2011.

Jumlah sebelum cukai ini menjadikan Carrie Underwood sebagai bekas peserta American Idol yang mendapat jumlah pendapatan tertinggi. Dia memenangi pertandingan itu pada 2005.

Adam Lambert dan Chris Daughtry berada ditempat kedua dengan masing-masing berpendapatan $6 juta setiap orang. Lain-lain artis AMerican Idol di dalam senarai ialah Kelly Clarkson di tempat keenam dengan $2.5 juta dan Kellie Pickler di tempat kelapan dengan $1.8 juta.

Tetapi, hos American Idol Ryan Seacrest dikatakan mempunyai pendapatan sebanyak $61 juta. Jumlah ini lebih besar dari jumlah pendapatan sepuluh orang peserta American Idol.

Papa Cun: Agaknya kalau di Malaysia ni pendapatan Aznil Hj Nawawi tentu jauh lebih besar dari peserta-peserta AF.

Friday, 22 July 2011

Kapal Layar Termahal Dunia
















Kapal layar yang disifatkan termahal di dunia telah disiapkan untuk pemiliknya yang dikatakan seorang ahli perniagaan Malaysia. Kapal layar yang bertatah emas ini mendapat sentuhan dari tukang emas terkemuka Britain Stuart Hughes.


Hughes dari Liverpool menyifatkan kapal yang panjangnya 100 kaki ini sangat unik. Sebanyak 100 tan emas melitupi separuh dari permukaannya. Kapal ini dinamakan History Supreme dan nilainya dilaporkan mencecah 3 billion pound.

Kapal ini juga mempunyai ruang tidur dilitupi platinum, patung yang diperbuat dari tulang dinosaur T-Rex, ruang makan, dek, rel dan sauh yang diperbuat dari logam berharga termasuk platinum.


Ahli perniagaan misteri dari Malaysia itu juga dikatakan bercadang untuk membuat projek yang sama bagi sebuah kapalterbang peribadi.


Hughes menyifatkan ia satu projek yang besar dan mengambil masa 3 tahun untuk disiapkan. Sebelum ini Hughes pernah membuat sebuah i-Phone dari emas bernilai 5 juta pound.

Papa Cun: Siapalah agaknya yang duit terlebih sangat ni ya?









Thursday, 21 July 2011

Aishwarya Rai mengandung



Selepas berkahwin dengan Abhishek Bachchan dan mengandung Aishwarya Rai seakan-akan bersembunyi dari perhatian umum. Tapi baru-baru ini dia dilihat di Mumbai airport sekembalinya dari Delhi. Dia yang ditemani Abhishek Bachchan kelihatan memakai baju longgar bersama dengan sepasang jeans.

Kalau dah cantik tu, pregnant pun masih kekal cun!



Wednesday, 20 July 2011

Izreen Azminda Juvana

TIBA-tiba nama pelakon baru yang semakin naik, Izreen Azminda jadi sebutan dan perhatian gara-gara dikaitkan kononnya menjalinkan hubungan cinta dengan aktor Fizz Fairuz. Sedangkan ramai tahu Fizz bercinta dengan Almy Nadia. Cuma, menjadi ralat di hati Izreen ialah kenyataan Fizz sendiri yang seakan memperlekehkannya. Fizz dalam kenyataannya sebelum ini mempersoalkan siapa gerangan Izreen sedangkan mereka pernah berlakon sama termasuk dalam drama Stanza Cinta yang disiarkan setiap Ahad di TV3.

Izreen mengakui malu dan sentap dengan kenyataan Fizz itu. Bagaimanapun Izreen menegaskan dia tidak pernah berdating atau berskandal dengan aktor itu. Dalam konteks lain, drama lakonan Izreen juga sedang rancak disiarkan di TV. Selain Stanza Cinta, drama Juvana lakonannya turut disiarkan di TV3. Izreen pernah menjadi wajah pilihan Rosyam Nor dalam beberapa drama terbitan syarikat Suhan Movies & Trading. Terbaru, Izreen juga menjadi pilihan pengarah Michael Ang.

dipetik dari: Berita Harian Online

Monday, 18 July 2011

Aduh Saleha



Cerita panas tentang Siti Saleha ada dilaporkan di dalam beberapa buah akhbar sejak akhir2 ini. Ini berikutan tersiarnya gambar yang dikatakan agak panas di dalam beberapa laman internet termasuk di Facebook. Gambar yang dikatakan menunjukkan Saleha sedang seronok clubbing dan dilihat berpelukan mesra itu telah mendapat perhatian ramai dan sudah pastilah ramai yang melontarkan kritikan.






Apapun Kawe sendiri tak pastilah sejauh mana dasyatnya gambar tersebut sebab tak berpeluang nak mendapatkannya. Sapa ada link tu boleh la share. Kawe sendiri pun tak tau sangat pasal Siti Saleha ni sehinggalah kisah ini tersebar. Jadi susah nak komen banyak.






Apapun tuan yang empunya diri dah tampil meminta maaf dan memberi penjelasan.






Kawe Gomo: Tabik kat Saleha...

Sunday, 17 July 2011

Setelah 3 tahun menyulam cinta, akhirnya Zul mengaku menyintai Abby Abadi




AKTOR berusia 25 tahun ini mengaku belum stabil. Itu tutur Zulkifli Ariffin ketika berbicara tentang kehidupannya kini. Namun, dalam masih merancang hidupnya agar lebih stabil, dia mengaku sedang serius dalam segala aspek kehidupan termasuk, cinta.
“Banyak yang perlu dikejar. Saya mahu diiktiraf sebagai pelakon dan meletakkan lima tahun lagi untuk kerja keras itu.
“Usia 25 tahun, usia serius. Saya tidak mahu berleka-leka lagi. Saya jaga disiplin,” ujarnya yang mengaku serius dalam perhubungan cinta tiga tahun bersama Abby Abadi.
Muncul kali pertama melalui drama Apa Itu Cinta (2008) dan mengenali Abby buat kali pertama di set yang sama, kini misi jejaka yang mesra disapa Zul itu mahu meletakkan dirinya sebagai pelakon yang komited terhadap perjalanan kariernya.
Terbaru, kemunculannya dalam telefilem Sayang Abah arahan Michael Ang mendapat respons positif. Rata-rata memberi rebiu bersih tentang lakonan ini. Melanjutkan visinya, Zul muncul setiap minggu kini dalam drama Hilang bersama Rozita Che Wan menerusi setiap Isnin dan Selasa bermula 5 Julai 2011 di saluran TV9 pukul 8.45 malam.
“Dalam drama tersebut saya melakonkan watak Hazrul, suami kepada Rozita. Perjalanan kekeluargaannya normal hinggalah isteri saya masuk ke wad psikiatri dan saya terpaksa kahwin dengan sepupu isteri saya, lakonan Ayu Raudhah,” ujarnya.
Disentuh perihal kematangan dan keberadaan dalam bidang lakonan, Zul mengaku tawaran masih belum kencang namun dirinya sudah diketahui umum.
“Saya sudah mendapat watak-watak yang besar dan mantap,” luah Zul yang terlibat dengan drama Gerak Khas selama dua tahun lebih.
Tuturnya dia sanggup mengecilkan badan jika diberi ruang dan masa untuk membina sebuah karakter.
“Saya sanggup kuruskan badan kalau diberi masa malah tidak kisah kalau perlu berwajah hodoh dalam lakonan. Kalau ada yang bagi komentar apa yang dilihat dalam lakonan jauh daripada diri sebenar, saya gembira,” ujar Zul yang bakal terlibat dalam drama Moreh .
Sentuh hal layar cinta, ucap Zul dia cukup serius namun tidak meletakkan sebarang rangka masa untuk perkahwinan.
“Klise kalau saya kata, ada jodoh adalah tetapi hidup ini bukan sekadar kahwin dan dapat anak. Kahwin itu adalah bahagian kehidupan,” ujarnya yang bersedia memikul tanggungjawab ‘ayah’ kepada anak-anak Abby kelak.

Mamu Loklaq: Baguslah kalo angpa dok syiok satu sama lain. pi nikah buang lekaih tp sok toksah plak Abby dok ngamuk kat set lagi. haru biru jadinyer~

Jennifer Lopez & Marc Anthony Bercerai




Selepas 7 tahun bersama akhirnya pasangan terkenal ini mengumumkan perceraian. Pasangan yg mempunyai 2 anak kembar ini mengumumkan berita ini pada hari Jumaat 15/7/2011. Ini satu berita yg mengejutkan kerana pasangan ini dilihat sangat bahagia.








Inilah dunia Hollywood.


Kawe Gomo: Hok lagu mano demo nih!





NURUL janda AJAI-Saya Perlu Berubah!


Nak tergelak bila baca sisipan Bintang Popular hari ini, title besar2 tulis SAYA PERLU BERUBAH tapi pakaian ngalahkan anak dara. Sedarlah wahai NURUL, kamu tu janda yang seeloknya dijaga maruah dan perangai diri supaya tak mendatangkan fitnah.

Mamu Loklaq: Sian, makin tak laku sebagai artis makin kurang kain di badan ya kak~

Video hebat Pra-Perkahwinan, Nurul Syuhada Pengacara Majalah 3




Akhirnya terjawab sudah teka teki nurul syuhada pengacara majalah 3 ni..semua mesti dah tahu kan yang sebelum ni nurul syuhada ni pernah digosipkan dengan angkasawan negara,Mejar Dr  Faiz khalid tapi tak ada jodoh..dan sekarang nurul syuhada ni bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang pegawai bank..
Jom baca petikan akhbar mengenai perkahwinan dorang ni..
Pengacara Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, 27, mengesahkan akan mendirikan rumah tangga dengan seorang pegawai bank pada Julai depan.
Nurul menjelaskan, lelaki yang dimaksudkan ialah Raja Amir Raja Azwa,29, yang dikenalinya sejak dua tahun lalu.
“Insya-Allah, kami merancang untuk berkahwin pada Julai depan. Kami akan maklumkan kepada pihak media apabila tiba waktunya,” kata Nurul ringkas.
Nurul membuat pengakuan tersebut ketika ditemui pemberita semasa menghadiri majlis doa selamat dan pelancaran buku Sanggul karya jurusolek Zulfazli Suhadi di restoran Intai-Intai, Jalan Hulu Klang di sini, Ahad.
Antara selebriti yang hadir ialah penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana.
Pada majlis itu Nurul dan Raja Amir tidak dapat mengelak gambar mereka dirakamkan jurugambar tetapi memberi kerjasama untuk menjelaskan mengenai hubungan yang terjalin.
Bagaimanapun Nurul tidak dapat menceritakan secara terperinci mengenai kisah cinta mereka atas sebab-sebab tertentu selain prosedur yang harus di patuhi sebagai personaliti TV3, sebelum membuat sesuatu kenyataan.
Bagaimanapun menurut Nurul dia bahagia dengan hubungannya itu dan berharap ia berjalan dengan baik.
Katanya, rombongan merisik telah dilakukan pada Januari lalu dan kedua-dua belah pihak telah menetapkan untuk melangsungkan majlis bertunang dan akad nikah serentak pada Julai depan.
“Saya tidak boleh nak komen banyak. Cukuplah sedikit maklumat itu,” pinta Nurul.
Pengacara itu sebelum ini pernah dikaitkan dengan angkasawan kedua negara, Mejar Dr Faiz Khalid tetapi hubungan mereka tidak bertahan lama.
sumber : mstar

Berikut adalah video pra-perkahwinan beliau yang menggunakan teknik Stop Motion


Amir & Nurul Syuhada | Dating from cstproduction on Vimeo.

Samzy kena tahan






SUDAH nasib badan, apa nak buat lagi. Pelakon Samzy Fuzette A. Samad yang juga abang kepada pelakon Shaheizy Sam dan Zizie Izette dijatuhkan hukuman tiga kali sebatan dan penjara 30 bulan atas kesalahan memiliki dadah.
Kalau ikut pada hati memang kasihan tapi ini perintah mahkamah. Semua pihak kena akur menerima hukuman, kalau sudah berani melanggar undang-undang dan didapati bersalah.
Joyah tak pasti ramai yang masih ingat atau tidak kepada Samzy ini memandangkan dia sudahpun bersara daripada dunia hiburan. Kalau ada yang masih ingat dia pernah berlakon dalam dramaCucu-Cucu Atuk dulu.
Yang salah tetap salah. Pada hemat Joyah, mereka yang bersalah perlu dihukum setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan. Soal dadah ni bukan kenal sesiapa.
Kalau terkena penangan dadah, tak kira artis atau ahli politik, hancur masa depan, busuk nama keluarga. Tak payahlah Joyah sebut satu persatu nama artis kita yang terlibat dengan dadah ni, masing-masing tahu sendiri saja.
Kepada yang lain ambillah iktibar daripada kes ini. Hilang seronok timbul penyesalan seumur hidup. Kepada keluarga Samzy, bersabarlah.

Mamu Loklaq: Ada duit baik pi makan, kenyang pun dapat sihat lagi tubuh badan. Adoilaa~

Saya tidak semurah itu - Watie




BERITA baik yang dikhabarkan oleh pelakon Norwatie Sadali atau mesra dipanggil Watie ini sememangnya sudah dijangka.
Bekas anggota kumpulan Elite ini dilihat matang dan benar-benar serius dengan pilihan hatinya, untuk sama-sama melangkah sekali lagi ke alam perkahwinan.
“Memang betul, saya dan Joey sedang kumpul duit sekarang ini. Nak buat kenduri kahwin lepas raya nanti,” kata Watie.
Wanita ini kemudian menyambung, “Kalau boleh kami mahu meraikan hari bahagia sambil bersedekah makan pada tetamu. Nak ajak juga semua kenalan datang memeriahkan majlis kami,” bicaranya.
Panahan mata yang menyertai pertemuan di lokasi penggambaran drama berjudul Antara Maghrib & Isyak terbitan Suhan Movies di Saujana Utama, Sungai Buloh Selangor, Selasa lalu membenarkan kata-katanya.
“Sebenarnya, kami sudah fikir masak-masak tentang perkara ini. Sebagai orang dewasa yang telah menempuhi pelbagai pengalaman hidup dan fasa gelap masing-masing.
“Tak salah kalau kami meneruskan hasrat murni untuk bernikah secara baik. Apatah lagi bila sudah tak punya komitmen dengan orang lain.
“ Atas sebab tersebut, tidak ada alasan lain untuk melengah-lengahkan perkara yang baik ini,” dedah wanita ini satu persatu.
Itu termasuk menunggu kes perceraian Joey bersama Noraini Nasir yang masih dalam prosiding perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat Kajang, Selangor itu selesai.
“Kami ada rancangan tersendiri untuk perkahwinan ketiga ini. Antaranya berhajat nak bersanding. Itu adalah impian kami sebab sebelum ini tak diberi peluang untuk duduk di pelaminan. Nak juga merasa debaran raja sehari.
“Secara peribadi saya memang dah tak sabar menunggu hari penting itu. Sebab saya dah cukup bersedia memikul tanggungjawab baru,” dedah wanita yang sudah tujuh tahun hidup bersendirian tanpa ditemani insan bergelar suami ini.
Malah apa yang lebih menggembirakan hatinya apabila anak tunggal Watie, Ahmad Afif Daniel, 7, turut merestui hajatnya itu.
Afif begitu ceria selepas mengetahui tentang hubungan mereka dan tak sabar-sabar untuk mendapat ayah baru.
Bukan punca penceraian
Sebenarnya, Watie mengakui bahawa dugaan hidupnya tak pernah berhenti. Sering dihimpit dengan pelbagai cerita kurang manis termasuk cerita kurang enak mengatakan Watie adalah perosak rumah tangga antara Joey dengan Noraini.
“Sebenarnya saya dah tak sanggup lagi nak dengar banyak versi cerita tak betul tentang hubungan kami. Sekali lagi saya menegaskan bahawa saya bukan punca perceraian Joey.
“Saya mengenali Joey dalam keadaan dia tak ada lagi hubungan dengan mana-mana perempuan. Saya sendiri tak sangka boleh jatuh cinta dengan dia selepas berlakon dalam drama Blues Pasar Tani,” hujah Watie menyentuh persoalan berkenaan.
Isu duduk serumah
Dalam perkembangan yang berkaitan, Watie turut menafikan bahawa dia pernah duduk serumah dengan Joey. Gosip keterlaluan itu disambut dengan penafian.
“Maaf, saya bukan semurah itu. Cerita tentang perkara ini memang keterlaluan tapi saya masih boleh bersabar. Sebab saya tahu siapa yang menyebarkan gosip ini.
“Yang penting saya dan Joey tahu batas pergaulan kami. Itulah risiko yang perlu diambil bagi pemegang status duda dan janda.
“Sebab itu, saya tetap tak mahu ulas perkara ini. Bimbang juga kenyataan yang saya keluarkan ini boleh menyebabkan ada pihak yang terasa hati,” katanya jujur.
Sakit & anak perempuan
Membuka lembaran kesakitan yang dialami Watie sebelum ini menyebabkan pelakon drama Mimpi Sabrina ini mengucap panjang. Rasa syukur kerana penyakit yang dialaminya tidak begitu serius.
Semuanya berlaku usai penggambaran drama berjudul Jangan Hantar Ku Ke Neraka bersama Allahyarham Faizal Yusof penghujung tahun lalu. Apabila Watie terlalu tertekan melakonkan babak antagonis.
Kesan dari itu, seluruh badan kirinya terasa kebas-kebas. Mengganggu keseluruhan aktiviti rutinnya sehingga perlu membuat rawatan akupuntur.
Seiring dengan itu, Watie dikaitkan dengan seorang gadis remaja berusia 14 tahun dari Johor yang mendakwa dirinya adalah ‘anak luar nikah’ penyanyi tersebut.
“Saya tak mahu komen pasal perkara itu. Biarlah saya menyelesaikan sendiri. Lebih baik saya pendam kebenaran dari memburukkan keadaan.
“Lagi pun, saya sedang dalam proses berubat penyakit kebas ini. Doktor cakap penyakit saya tak serius tapi saya tak boleh dalam keadaan tekanan,” ujarnya minta dimengerti.
Pada masa yang sama, Watie menganggap semua dugaan yang menimpa secara bertubi-tubi itu ada hikmahnya. Baginya, Tuhan tidak akan memberi kebahagiaan kepada hambanya secara total. Ia bergantung kepada persediaan dan cara penyelesaian di pihak individu tertentu.

Mamu Loklaq: Berpura-pura tidak ke mana. Seperti lakonan, hidup pun merupakan pentas bagi mereka ini melakonkan watak yang dikehendaki untuk kepentingan sendiri. Fikirkanlah.

Julia Perez berbikini masuk bank






LEPAS satu, satu lagi kontroversi muncul. Nampaknya Julia Perez memang selalu mencari isu untuk mensensasikan diri sendiri.
Terbaru, dia dikhabarkan masuk ke sebuah bank di Bali dengan hanya memakai baju dan seluar dalam .
Kejadian tersebut berlaku ketika Julia sedang bercuti bersama kekasih hatinya Gaston Castano di pulau peranginan itu.
"Saya sebenarnya mahu mengeluarkan wang dari mesin ATM. Tiba-tiba sahaja elektrik terputus dan kad bank saya itu tertelan dalam mesin.
"Saya panik seketika dan terus bergegas masuk ke dalam bank untuk meminta bantuan," katanya menjelaskan duduk perkara. Tindakan Julia itu ternyata mengundang kejutan ramai.

Mamu Loklaq: Haihhh...tataulah apa nak jadi kat depa indon2 nih!. makin lama makin teruk...tulah macam2 bala dok mai hinggap kat depa masih depa tak sedaq lagi. Adoi~